fbpx

Haiwan juga tahu rindu – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan aksi 'melepas ' rindu antara dua ekor anjing bersama pemiliknya.

PETALING JAYA – Seperti juga manusia, binatang seperti anjing dan kucing mempunyai sifat kasih sayang, setia serta rindu kepada pemiliknya.

Perkara itu terbukti menerusi satu perkongsian di laman Facebook semalam memaparkan kisah dua ekor anjing yang sangat ‘gembira’ apabila dapat bertemu tuannya.

Difahamkan, kedua-dua ekor haiwan tersebut sudah lama tidak bertemu pemiliknya kerana dipercayai lelaki terbabit berada di luar negara dan tidak dapat pulang susulan penutupan sempadan sebelum ini.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit 56 saat itu, kelihatan dua ekor anjing sangat teruja apabila melihat kelibat lelaki berkenaan di luar pintu pagar sebuah kediaman.

Lelaki itu kemudiannya disambut mesra oleh salah seekor anjingnya apabila dia membuka pintu sehingga kedua-duanya dilihat saling ‘berpelukan’.

Klip video itu juga turut memaparkan aksi manja dua ekor haiwan itu sehingga pemiliknya terpaksa mendukung dan berbaring bersama haiwan terbabit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen dan mereka terharu apabila melihat ‘keakraban’ antara manusia dan haiwan.

“Sebak pula tengok video ni, ini baru haiwan dengan tuannya, apatah lagi kalau sesama manusia,” tulis Mira Ishak.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rossa Mask.

“Haiwan pun tau rasa rindu sangat-sangat apatah lagi manusia, melepas rindu sungguh,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI