fbpx

Mangsa bencana ribut terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cally Ting (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada pemilik rumah yang terjejas akibat ribut di Dewan Orang Ramai Kampung Rapat Jaya, Ipoh.

IPOH – Sebanyak 18 keluarga yang kediaman mereka terjejas dalam kejadian ribut Isnin lalu menerima bantuan bencana semalam.

Antara lokasinya ialah di Kampung Rapat Jaya, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Taman Lapangan Jaya dan Sungai Rokam.

Naib Pengerusi MCA Bahagian Gopeng, Cally Ting berkata, empat kawasan tersebut berada dalam Parlimen Gopeng.

“Hasil bancian mendapati 18 pemilik rumah layak memohon dan menerima Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Daerah Kinta berjumlah RM200 setiap rumah.

“Penduduk sebelum ini menerima bantuan makanan menjadikan keseluruhan bantuan sebanyak RM400 bagi setiap keluarga,” ujarnya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan di Dewan Orang Ramai Kampung Rapat Jaya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI