fbpx

Solat tarawih di Masjid Kristal setelah empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian jemaah yang menunaikan solat tarawih di Masjid Kristal, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Masjid Kristal yang sebelum ini sepi setelah empat tahun tidak beroperasi kembali diimarahkan dengan solat sunat tarawih malam tadi.

Seramai 750 jemaah termasuk sebahagiannya dari luar bandar raya ini mengambil peluang memenuhi ruang solat masjid tersebut bagi menunaikan solat tarawih pada hari pertama bulan Ramadan tahun ini.

Pegawai Agama Masjid Kristal, Roslan Ibrahim berkata, pembukaan semula Masjid Kristal amat istimewa kerana ia serentak dengan kebenaran solat tanpa penjarakan fizikal ekoran peralihan fasa endemik pada Jumaat lalu.

“Kali terakhir Masjid Kristal melaksanakan solat tarawih pada bulan Ramadan 2017 sebelum ia terpaksa ditutup bagi kerja-kerja baik pulih pada awal tahun 2018.

“Alhamdulillah tahun ini, kita meneruskan tradisi sejak 13 tahun lalu menjemput imam dari Timur Tengah bagi memimpin solat sunat ini sepanjang bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas solat tarawih di sini malam tadi.

Sebelum ini, Masjid Kristal dibuka semula untuk kunjungan mulai Jumaat lalu setelah sebahagian besar kerja-kerja baik pulih kerosakan kubah, siling, pendawaian elektrik dan sistem penyaman udara berjaya disiapkan.

Roslan berkata, seramai empat imam dari Mesir dan Yaman telah dijemput termasuk Dr. Moustafa Hassan El Khayat Al Misri yang memimpin solat tarawih malam pertama tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI