KLUANG – Seorang pemandu dan penumpang Toyota Vios maut selepas melanggar pokok di Jalan Kluang dekat Sri Lalang di sini lewat malam tadi.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zaidi Tumiran, mangsa seorang lelaki dan wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada 11.02 malam tadi.
“Sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
“Terdapat dua mangsa namun mereka tidak tersepit tetapi telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya operasi ditamatkan pada 12. 16 tengah malam. – KOSMO! ONLINE