fbpx

Chelsea kena belasah di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brentford berjaya calar ego juara Eropah, Chelsea selepas menang 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sebentar tadi.

LONDON – Aksi hambar ditampilkan Chelsea ketika dibelasah 1-4 oleh Brentford pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge sebentar tadi.

Biarpun menguasai hampir keseluruhan permainan, namun pasukan pelawat dilihat lebih berbahaya pada separuh masa pertama menerusi serangan balas pantas sehingga beberapa kali hampir menembusi pintu gol The Blues.

Brentford hampir meledak gol pembukaan seawal minit keenam selepas kesilapan dilakukan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, namun disia-siakan penyerang, Ivan Toney.

Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan dengan Chelsea hampir berada 1-0 di depan menerusi percubaan Hakim Ziyech pada minit ke-39, namun ditepis penjaga gol, David Raya.

Aksi separuh masa kedua berlangsung lebih rancak apabila bek tengah Chelsea, Antonio Rudiger membuka tirai jaringan hasil percubaan jarak jauh untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di depan pada minit ke-48.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Brentford menyamakan kedudukan menerusi Vitaly Janelt dua minit kemudian sebelum Christian Eriksen menggandakan kedudukan pada minit ke-54.

Brentford terus menambah derita Chelsea apabila Janelt sekali lagi menggegarkan gawang The Blues selepas bijak menewaskan Mendy bagi menjaringkan gol ketiga pasukannya.

Ketika perlawanan dilihat hampir berkesudahan 3-1, Brentford terus berpesta gol apabila Yoane Wissa meledak gol keempat sekali gus menghadiahkan kekalahan memalukan buat juara Eropah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI