fbpx

The Reds benam Watford 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fabinho meraikan jaringan yang dilakukan selepas membantu pasukan menang 2-0 ke atas Watford di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto ihsan EPL

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool berjaya menyerap tekanan dalam usaha merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Watford 2-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Anfield itu, skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp membariskan kesebelasan terbaik termasuk gandingan serangan berbisa, Mohamed Salah, Diego Jota dan Roberto Firmino.

Pasukan tuan rumah dilihat tidak mempunyai masalah untuk melakukan serangan awal menerusi Salah, Jota dan Curtis Jones pada awal saingan tetapi berjaya diselamatkan benteng pasukan lawan.

Kekebalan The Hornets yang dibimbing Roy Hodgson akhirnya dibocori selepas Jota bijak menanduk gol pertama hasil hantaran yang dilakukan oleh Joe Gomez pada minit ke-22.

Bersambung pada babak kedua, Klopp melakukan rombakan dengan memasukkan Fabinho dan Sadio Mane bagi memastikan pasukan dapat menambah jaringan.

Keputusan tersebut membuahkan hasil apabila Fabinho berjaya meledak gol kedua selepas menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas Jota dijatuhkan.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan The Reds mengumpul 72 mata selepas mengharungi 30 saingan musim ini.

Liverpool akab mengalihkan tumpuan bagi mengharungi aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Benfica pada minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI