fbpx

Pembeli ‘scam’ peniaga kek RM15,000 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) yang berusia 26 tahun akhirnya diberkas polis pada 10 Februari lalu bagi membantu siasatan.

PETALING JAYA – Taktik seorang wanita menipu dalam urusan pembelian kek dengan menggunakan resit palsu didakwa mencecah RM15,000 akhirnya kecundang apabila dia diberkas polis pada 10 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada 3 Februari lalu pihak polis menerima laporan daripada mangsa yang juga peniaga kek berusia 27 tahun.

“Mangsa mendakwa telah ditipu suspek membabitkan 11 kali tempahan kek sejak November 2021 sehingga Februari lalu.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak membuat pengesahan pembayaran setiap kali tempahan dibuat hanya menyedari ditipu suspek ketika dia membuat tempahan kali ke-12,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, susulan laporan yang diterima, pihak polis bertindak menahan suspek yang berusia 26 tahun pada 10 Februari lalu dan suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kes dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Dalam pada itu, Mohamad Fakrudin turut menyangkal dakwaan yang menuduh polis enggan menerima laporan yang dibuat mangsa.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku keengganan menerima laporan oleh mana-mana anggota yang bertugas.

Terdahulu, peniaga kek berkenaan memuat naik ciapan di laman Twitter mendakwa telah ditipu wanita yang membuat tempahan kek khas dengan jumlah tertentu dalam kek (tarik duit).

“Pelanggan terbabit (suspek) pesan kek 11 kali. Ada macam-macam jenis kek dia pesan. Ada kek tarik duit dan ketuk-ketuk dalam ada duit, jumlah keseluruhan RM15,000 kena scam dengan dia yang nak duit dalam kek, bukan nak kek,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI