fbpx

Uyaina hamil anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uyaina mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung.

PETALING JAYA – Kehadiran Ramadan pada esok hari membawa seribu kemanisan buat pelakon dan pengacara cantik Uyaina Arshad yang mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung.

Perkara tersebut diumumkan sendiri Uyaina menerusi hantaran terbaru dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Salam Ramadan. Alhamdullillah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina.

“Inshaa-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. Syukur padamu ya Allah.

“Honestly (sejujurnya), kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah,” tulisnya tanpa memberitahu usia kandungan dan jantina anak yang dikandungnya.

Pada hantaran sama, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut memohon doa daripada orang ramai untuk keselamatan dan kesejahteraan dia sekeluarga.

“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina dan bayi sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.

“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa,” katanya lagi.

Terdahulu, desas-desus mengenai kehamilan Uyaina, 30, yang juga pengacara MeleTOP mula bertebaran sekitar awal tahun ini, namun dinafikannya.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI