fbpx

Lelaki bunuh diri pada hari perkahwinan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan surat cinta dan telefon bimbit milik seorang lelaki Yaman yang menggantung diri setelah kekasihnya berkahwin dengan orang lain. – Arab News

SANAA – Seorang lelaki Yemen dilaporkan meninggal dunia dengan menggantung dirinya di hadapan rumah seorang wanita yang dicintainya pada hari sama wanita itu berkahwin dengan orang lain, lapor portal berita Arab News semalam.

Penduduk kampung Yarim yang terletak di sebuah bandar dalam wilayah Ibb dilaporkan menemui mayat mangsa yang berusia 30 tahun itu berhampiran sebuah tangki air, demikian menurut laporan media tempatan.

Lelaki itu dipercayai meninggalkan beberapa pucuk surat cinta, ditujukan kepada wanita yang dicintainya. Dia memutuskan untuk menamatkan riwayatnya sebaik sahaja mengetahui wanita tersebut berkahwin dengan orang lain.

Selepas menyedari dia tidak akan dapat menghabiskan sisa hidup bersama kekasihnya, lelaki itu memutuskan untuk menamatkan ‘krisis emosi dan kesengsaraan romantisnya’, demikian menurut wartawan Yaman Bachir Al-Misgari ketika bercakap kepada laman berita Al Arabia net. 

Dalam sepucuk surat yang ditinggalkan, lelaki itu menyalahkan wanita tersebut kerana gagal menepati janji dan meninggalkannya demi lelaki lain.

Laporan media mengatakan bahawa beberapa surat ditemui di dalam poket lelaki itu, mengenai cinta, kemarahan, dan kesedihan.

Sepucuk surat lain pula meminta wanita itu untuk berbahagia dalam hidup dan melupakan dirinya selain menjelaskan bahawa dia mencintai wanita itu ‘sampai mati’. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI