fbpx

Lanjut umur bersara hingga 62 tahun ganti pengeluaran KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyemak baki wang caruman di ibu pejabat KWSP cawangan Shah Alam, Selangor kelmarin.

PETALING JAYA – Kerajaan dicadangkan untuk mengkaji semula umur persaraan bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menggantikan semula wang persaraan yang telah dikeluarkan oleh sebahagian pencarum semasa pandemik Covid-19.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata, umur persaraan yang ditetapkan oleh KWSP iaitu pada 55 tahun atau 60 tahun itu mungkin boleh dilanjutkan sehingga 62 tahun bagi menambah wang persaraan yang telah dikeluarkan ketika ini.

“Pengeluaran KWSP pada ketika ini jika dilihat dalam konteks rakyat, memang akan berlaku kekurangan dari segi simpanan semasa bersara.

“Namun, disebabkan keadaan pasca Covid-19 ketika ini, ramai yang berada dalam proses pemulihan maka di sini memang ada keperluan untuk rakyat mengeluarkan caruman mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini baru-baru ini.

Katanya, musim persekolahan yang bermula pada bulan ini juga dipercayai akan menjadi penyebab utama pencarum mengeluarkan simpanan KWSP mereka.

Jelasnya, melalui pengeluaran yang dibuat sepanjang wabak Covid-19 melanda, sudah tentu simpanan untuk persaraan tidak lagi mencukupi maka amat penting untuk diperhalusi umur persaraan tersebut bagi menggantikan simpanan yang telah dikeluarkan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya gunakan simpanan KWSP mereka dengan berhemah kerana kita tidak tahu apa lagi krisis yang bakal mendatang.

“Sedangkan Covid-19 ini juga belum lagi berakhir sepenuhnya, menyebabkan kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang dan ketika ini sahaja memang negara amat terkesan,” ujarnya.

Katanya, justeru itu amat penting agar pencarum tidak sesuka hati mengeluarkan simpanan persaraan mereka untuk tujuan yang tidak perlu.

“Inilah masanya untuk menggunakan wang persaraan yang dikeluarkan itu untuk perkara yang benar-benar penting sahaja,” katanya.

1 April KWSP membenarkan pengeluaran khas RM10,000 bagi membantu pencarum meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI