fbpx

Quartararo resah kemampuan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengakui beberapa kelemahan pada jentera menyebabkan dia tidak dapat mendominasi perlumbaan setiap kali beraksi. – AFP

BUENOS AIRES – Juara bertahan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Fabio Quartararo meng­akui jentera Yamaha M1 masih belum berada pada tahap terbaik menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina di Litar Antarabangsa Termas de Rio Hondo awal pagi esok.

Kata Quartararo, kejayaan meraih kedudukan podium kedua pada GP Indonesia di Litar Mandalika bulan lepas tidak boleh dijadikan sandaran kerana situasi di Argentina kali ini sedikit berbeza.

“Saya tidak tahu untuk mendominasi perlumbaan kali ini kerana kami tidak dapat menguji litar sebaiknya dan saya tidak tahu bagaimana jentera pasukan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan litar di sini.

“Mungkin sebelum ini kelemahan utama pasukan adalah kurangnya cengkaman tayar dan jurutera serta mekanik kami be­kerja keras untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Namun, buat masa ini keadaan litar di sini masih kurang jelas.

“Ini kerana, sebelum ini kami sudah terbiasa untuk menjalani sesi latihan pramusim di Argentina tetapi situasi kali ini berbeza yang mana kali terakhir kami menguji litar ini adalah pada tiga tahun lalu .

“Kini, saya hanya boleh mengharapkan tuah selain terpaksa meneliti data yang telah dibekalkan oleh pasukan agar dapat memberikan yang terbaik dalam usaha bergelar juara buat kali pertama pada kempen Moto­GP musim ini,” katanya.

Pelumba kelahiran Perancis berusia 23 tahun itu berjaya merekodkan kejuaraan dunia pertamanya musim lepas selepas mendominasi carta dengan mengutip 278 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI