fbpx

Derita ibu anak tiga sakit kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasrunizah menziarahi Saripah yang menghidap kanser otak di Taman Sri Aman, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang ibu anak tiga terpaksa menempuh hidup dalam keadaan menderita apabila menghidap penyakit kanser otak sejak Julai 2020.

Keadaan itu menyebabkan suami Saripah Nur Yasmin, Helmi Othman, 42, tidak dapat be­kerja sebagai nelayan kerana perlu menjaganya.

Lebih menyedihkan apabila tiga orang anak mereka tidak mampu bersekolah.

Helmi berkata, isterinya berusia 30 tahun dikesan menghidap kanser selepas terjatuh di rumah di Kampung Kayu Ara Pasong sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan mendapati ada ketumbuhan otak.

Katanya, pembedahan telah dilakukan pada November 2020 sebelum menjalani kemoterapi sebanyak 30 kali di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kira-kira sebulan setengah.

“Disebabkan itu, saya sentiasa berpindah menyebabkan ketiga-tiga anak kami tidak dapat bersekolah selain menjaga isteri sewaktu menerima rawatan di HSA dan HSI di Johor Bahru.

“Deposit bagi rumah sewa ini dibayar oleh Baitulmal, manakala sewa bulanan akan ditanggung bersama oleh beberapa badan bukan kerajaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Aman di sini baru-baru ini.

Tambah Helmi, keluarganya turut menerima bantuan daripada Pejabat Daerah Pontian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan dia tiada mempunyai sumber pendapatan.

“Sebelum ini ketika menjadi nelayan, saya memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, namun selepas isteri sakit, saya tiada lagi sumber rezeki.

“Isteri saya tak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu khas. Dia memerlukan kira-kira 15 tin susu bagi tempoh sebulan,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan pula berkata, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) akan membantu tiga anak Saripah berusia 7 hingga 11 tahun untuk meneruskan persekolahan.

“Penghulu Mukim Pontian telah berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan,” katanya.

Menurutnya, Saripah kini berada dalam keadaan lemah dan memerlukan penjagaan sepenuh masa oleh suaminya selain menjaga tiga anaknya termasuk daripada perkahwinan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI