fbpx

Uyaina pakai baju tebal atau baby bump?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO percutian Uyaina yang menimbulkan spekulasi dia berbadan dua.

JIKA sudah namanya selebriti, lakukanlah apa sahaja pasti akan mengundang perhatian umum termasuklah ketika melancong sekalipun.

Demikian situasi yang berlaku kepada Uyaina Arshad ketika bercuti di Istanbul baru-baru ini.

Bukan kerana aksi manja berlebihan dengan suami tetapi dakwaan netizen yang ternampak baby bump.

Jika bercakap tentang isu baby bump, tidak dinafikan mata netizen memang tajam dan laju.

“Macam sudah ada baby bump,” komen netizen dalam TikTok.

Bukan seorang, tetapi terdapat beberapa netizen yang turut menegur hal tersebut.

Mungkin saja kerana baju tebal, iyalah sekarang kan musim sejuk di sana dan lapisan baju juga boleh membuatkan dakwaan baby bump tercetus.

Benar atau tidak dakwaan berbadan dua, kita doakan yang baik-baik sahaja. Apa pun, suka lihat gelagat manis Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran.

DIVA: Betul ke kalau pelakon lelaki pegang watak bapa, marketnya akan mula menjunam?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI