fbpx

Kapsyen romantis untuk Amelia, Aedy terus berteka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINGGU lalu, Aedy melamar Amelia menjadi kekasihnya di sebuah acara.

MINGGU lalu, memang kecoh habis media sosial perihal Aedy Ashraf melamar Amelia Henderson menjadi kekasih.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini, kedua-dua mereka masih mengunci mulut dan enggan memberi komen lanjut mengenai perkara tersebut.

Terbaharu, Aedy sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto Amelia dalam Instagramnya dengan kapsyen romantis.

“Renjana saya,” tulisnya yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan.

“Tiada apa yang boleh diucapkan. Seperti yang awak sudah tahu, saya akan sentiasa berada di belakang awak,” balas Amelia.

Alahai. Jika benar sedang bermadu kasih, tahniah Diva ucapkan walaupun sebenarnya rasa geram juga kerana kedua-dua mereka masih berdiam diri.

Disebabkan kunci mulut, ada yang kata itu semua gimik semata-mata. Tetapi ada peminat yang yakin pasangan itu memang benar-benar bercinta.

Tunggu sahajalah jawapan mereka. Jika hanya gimik, memang menanti kecamanlah jawabnya.

DIVA: Kagum dengan bakat lakonan Emma Maembong dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI