fbpx

Menduda, sendirian tapi tak kesunyian – Nazim Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIM OTHMAN

PETALING JAYA – Setia memegang status duda sejak hampir empat tahun, pelakon Nazim Othman tidak kisah hidup bersendirian namun itu tidak bermakna dirinya seorang lelaki kesunyian.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 38, berkata, dia tidak pernah berasa trauma untuk sekali lagi bergelar suami tetapi ternyata, jodoh masih belum sampai buatnya.

“Rasanya, dah agak lama saya single dan bahkan, ini tempoh paling lama setakat ini.

“Bukan trauma  (nak kahwin lagi) tapi saya ada dunia saya sendiri dan saya juga pernah berada dalam fasa menghadapi situasi-situasi yang tak berapa ‘best’ waktu membesar.

“Jadi, sekarang ini, saya suka sendiri. Sunguhpun begitu, tak bermakna apabila seseorang itu sendiri, dia kesunyian,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Mengakui dirinya seorang lelaki introvert (suka menyendiri), Nazim memberitahu, buat masa sekarang dia tidak mahu terlalu pusing memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

“Tak kisah, kalau ada orang, saya okey dan kalau tiada orang, saya lagi okey. Begitulah bagaimana orang introvert berfungsi termasuklah saya.

“Jujur, sekarang memang saya tiada siapa-siapa. Pernah dulu lepas bercerai terbuka hati nak cari pengganti tapi tiada calon yang saya jumpa.

“Saya sampai tanya pada kawan-kawan kalau mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan saya. Sampai tahap begitu sekali tapi Tuhan tetap tak hadirkan sesiapa (jodoh) buat saya.

“Tidak mengapalah. Saya fikir sekarang, ada banyak benda penting lain yang boleh dibuat dalam hidup selain sibuk cari pasangan,” katanya.

Terbaharu, Nazim bakal muncul dengan drama berjudul Kuasa terbitan Astro Shaw dan produksi, Skop Productions.

Drama Astro Originals yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Nadia Brian, Izzy Reef, Ridzuan Hashim dan Ning Baizura tersebut mula ditayangkan di Astro Citra bermula 11 April ini.

Sekadar info, Nazim berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun bercerai pada 17 Mei 2018. Dua tahun bersama sebagai suami isteri, pasangan berkenaan tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI