fbpx

Bas henti-henti Johor-Singapura beroperasi 1 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong bertanyakan sesuatu kepada pengembara ketika mengadakan lawatan ke Kompleks CIQ, Bangunan Sultan Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengembara yang merentasi sempadan Johor-Singapura akan mula dapat menggunakan perkhidmatan bas henti-henti pada 1 Mei ini setelah perkhidmatan itu beroperasi sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, buat ketika ini hanya perkhidmatan bas laluan perjalanan vaksinasi (VTL) dan bas shuttle dibenarkan merentas sempadan Johor-singapura menerusi Tambak Johor.

Jelasnya, perbincangan sedang dijalankan antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Land Transport Authority (LTA) Singapura bagi menetapkan jumlah bas henti-henti yang akan digunakan.

“Pada ketika ini, hanya terdapat 24 bas VTL dan enam bas shuttle yang dibenarkan merentas sempadan Johor-singapura menerusi laluan Tambak Johor.

“Dalam tempoh dua minggu ini, perkhidmatan bas itu akan beransur pulih dan mampu pulih sepenuhnya menjelang hujung bulan ini seperti kembali ke tahap pra Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI