fbpx

KKM tingkatkan komunikasi dengan syarikat penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika bercakap pada petugas media selepas membuat tinjauan kelancaran hari pertama pembukaan pintu masuk negara di KLIA2 hari ini.

SEPANG – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan komunikasi dengan syarikat penerbangan dari masa ke masa dalam memastikan semua pengembara mengisi kad pengembara sebelum tiba di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kad pengembara adalah salah satu syarat ditetapkan di bawah protokol kesihatan diwajibkan ke atas semua pengembara yang masuk ke negara ini.

Katanya, berdasarkan tinjauan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini, beliau dimaklumkan oleh pengembara bahawa mereka tidak menghadapi masalah sepanjang urusan di sini.

“Saya telah tanya berkenaan pengalaman dan mereka memaklumkan tiada apa-apa masalah. Sangat mudah untuk mereka mendapatkan kad pengembara dalam MySejahtera.

“Kita telah minta syarikat penerbangan untuk memastikan pengembara mengisi MySejahtera mereka dan memperoleh kad pengembara sebelum masuk ke dalam pesawat. Ini telah banyak membantu sebab kita tidak nampak apa-apa kesesakan di KLIA dan pintu masuk antarabangsa lain,” katanya pada sidang akhbar selepas tinjauan kelancaran hari pertama pembukaan pintu masuk negara di KLIA2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM juga memastikan kerahan kakitangan KKM di semua pintu masuk antarabangsa untuk membantu Jabatan Imigresen dan agensi lain dalam memastikan protokol kesihatan dapat dipatuhi oleh semua pengembara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI