fbpx

Shuib tunai hasrat arwah Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB (kiri) bersyukur dapat menunaikan hasrat arwah Siti Sarah dengan membina semula dua buah rumah terbakar di Bachok tahun lalu.

PETALING JAYA – Pelawak Shuib bersyukur apabila dapat menunaikan hasrat arwah isterinya, Siti Sarah dengan menyiapkan pembinaan semula dua buah rumah yang hangus dalam kebakaran di Bachok, Kelantan tahun lalu.

Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, berkongsi kegembiraan itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Shuib berkongsi sebuah video kenangan bersama arwah ketika mereka melawat mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok pada 13 Februari 2021.

“Ibu (Siti Sarah) yang paling bersemangat hendak membantu dan hari ini (semalam) alhamdulillah daddy dan pasukan Bubblebee Malaysia akan ke Bachok untuk penyerahan kunci rumah.

“Terima kasih kepada semua yang merealisasikan impian ini. Ibu, alhamdulillah rumahnya sudah siap sayang,” tulis Shuib.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain mendoakan agar Shuib akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Murah rezeki awak dunia akhirat,” kata seorang netizen.

“Sentiasa mengalir pahala arwah,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada Ogos tahun lalu akibat Covid-19. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI