fbpx

Putin ugut tutup bekalan gas Eropah, mahu dibayar guna Ruble

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Vladimir Putin mengugut untuk menutup bekalan gas Eropah jika negara-negara berkenana enggan membayar dalam mata yang Ruble. - AFP

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengugut untuk menutup bekalan gas ke Eropah sekiranya negara-negara berkenaan enggan membayar Moscow menggunakan mata wang Ruble, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Langkah itu, jika dilaksanakan, akan mencetuskan huru-hara dalam bekalan tenaga dunia termasuk menyebabkan harga gas melambung tinggi dan meningkatkan kos sara hidup.

Pembayaran dalam Ruble membolehkan Rusia memulihkan nilai mata wangnya yang merosot.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan pemimpin-pemimpin lain telah berikrar untuk tidak tunduk kepada ‘peras ugut’ dan berpegang kepada mata wang euro dan pound. Sebahagian negara-negara di Eropah bagaimanapun dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya behabisan bekalan tenaga.

Jerman yang membeli separuh bekalan gas negara itu daripada Rusia telah menggesa orang awam dan premis perniagaan supaya menggunakan bahan api tersebut secara rasional.

Nasihat itu disampaikan susulan kenyataan Putin menerusi saluran televisyen Rusia supaya negara-negara asing membuka akaun Ruble di bank-bank Rusia. 

“Mata wang Ruble akan digunakan untuk membayar gas ‘bermula esok’. Jika pembayaran sedemikian tidak dibuat, kami akan anggap ini satu kelalaian di pihak pembeli dan akan ada akibat yang akan diterima,’’ kata Putin.

Britain dilaporkan hanya membeli sekitar empat peratus gasnya daripada Rusia.

Dunia akan menyaksikan lonjakan harga sekiranya Moscow yang merupakan salah satu pembekal gas terbesar global, bertindak menyekat bekalan.

Kadar inflasi dijangka mencecah 8.7 peratus tahun ini. Tekanan lanjut pada bekalan tenaga akan menyebabkan harganya melonjak dengan lebih tinggi lagi.

Setiausaha perniagaan Britain, Kwasi Kwarteng dijangka mengumumkan pelepasan sekurang-kurangnya dua juta tong minyak daripada rizab negara untuk menurunkan harga komoditi itu. Ia susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengeluarkan satu juta tong rizab minyak mentahnya  sehari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI