fbpx

TBG MOBS rayu bantuan MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL BAHRIN (berkerusi roda) menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik MB Perak, Datuk Sham Mat Sahat untuk meminta bantuan bagi memulihkan semula skuad Perak FC.

GABUNGAN Persatuan ­Penyokong Bola Sepak Perak TBG MOBS meminta Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad campur tangan untuk memastikan Perak FC mampu kembali bersaing.

Masa depan pasukan itu kini dalam situasi tidak menentu ekoran kemelut hebat yang me­landa dan perlu segera di­selamatkan sebelum segala-galanya menjadi terlambat.

Presidennya, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi membuat gesaan tersebut kerana malu de­ngan apa yang menimpa pasukan tersebut.

“Sebagai penyokong dan rakyat Perak saya malu dengan kemelut yang berlaku kepada sukan utama rakyat negeri ini. Jadi, tolonglah Datuk Seri MB untuk melihat perkara ini.

“Saya yakin pasukan bola sepak ini masih boleh diselamatkan daripada kehancuran dan kemusnahan,” katanya selepas menyampaikan memorandum kepada Saarani bersama-sama Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) petang semalam.

Syamsul Baharin berkata, pemilik Perak FC iaitu Impact Media & Communication (IMC) tidak lagi berkemampuan untuk melunaskan pembayaran gaji kepada pemain dan pegawai pasukan sejak lima hingga tujuh bulan lalu serta hutang pengurusan yang lain.

Perkara ini menyebabkan pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengeluarkan surat pe­ringatan di mana Perak FC boleh digantung atau disekat penyertaan di dalam Liga Malaysia.

TBG MOBS mencadangkan agar Saarani membantu dan mengarahkan pengambilalihan Perak FC melalui agensi atau mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

Antara agensi berkemam­puan seperti Perbadanan Pem­ba­ngunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Maju Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Lumut Port.

Dalam pada itu TBG MOBS menggesa agar IMC mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada pihak yang mampu me­ng­urus tadbir Perak FC.

“Saya hairan kenapa IMC berdegil tidak mahu lepaskan pegangan sahamnya ke atas Pe­rak FC sedangkan mereka terang-terang tidak mampu.

“Berilah kepada orang lain demi menyelamatkan bola sepak Perak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI