fbpx

Masjid Kristal kembali beroperasi bulan Ramadan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Masjid Kristal yang merupakan ikon pelancongan Terengganu kembali dibuka untuk lawatan setelah empat tahun tidak beroperasi.

Pengerusi Jawatan kuasa Pelancongan, Kebudayaan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, masjid yang dibina dengan kaca, kristal dan keluli tersebut terpaksa ditutup pada tahun 2018 berikutan kerosakan serius.

“Kita terpaksa menutup operasi Masjid Kristal atas faktor keselamatan akibat kerosakan kubah, pendawaian elektrik dan sistem penyaman udara serta kebocoran siling.

“Kerja-kerja pembaikan yang setakat ini menelan belanja RM700,000 telah siap 80 peratus dan boleh dibuka untuk lawatan mulai esok,” katanya selepas meninjau Masjid Kristal di sini hari ini.

Masjid Kristal seluas 2,146 meter persegi yang dibina pada tahun 2008 menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung Taman Tamadun Islam di sini kerana keunikan senibinanya.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI