fbpx

Usahawan hartanah Azlan Al-Amin saman fitnah RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Azlan (duduk tengah) pada sidang media saman fitnah RM10 juta di ibu negara petang ini.

KUALA LUMPUR – Usahawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin mengemukakan saman fitnah RM10 juta terhadap pihak yang didakwa memfitnah beliau di laman Facebook.

Beliau yang juga peneraju Azlan Al-Amin Group Holdings Sdn. Bhd. berkata, fitnah itu telah mencemarkan reputasinya serta menjejaskan perniagaannya.

“Saya tidak dapat kenal pasti apa motif sebenarnya (difitnah). Boleh dikatakan ramai rakan-rakan perniagaan mengambil pertimbangan untuk menghentikan beberapa urus niaga antara saya dengan mereka (disebabkan fitnah itu).

“Saya pernah cuba menghubungi pihak mereka (defendan), tetapi tidak diberi kerjasama sewajarnya. Saya pernah juga memberi ruang perkara ini diselesaikan (secara) elok.

“Tetapi kita tengok kenyataan-kenyataan ini (fitnah) berterusan dan berkali-kali dan ini sangat mewajarkan tindakan (saman) ini diambil,” katanya pada sidang media di pejabat Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di sini hari ini.

Sementara itu, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, tindakan undang-undang saman fitnah RM10 juta tersebut juga bertujuan membersihkan nama baik Muhammad Azlan.

Menurut beliau, saman fitnah itu telah difailkan pada 28 Mac lalu dan writ saman telah dihantar kepada peguamcara defendan semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI