SEOUL – Dua jet pejuang tentera udara Korea Selatan dilaporkan bertembung di udara, menyebabkan empat juruterbangnya terbunuh.
Jet pelatih KT-1 itu terhempas dekat bandar Sacheon, kira-kira 300 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan, Seoul pukul 1.37 tengah hari (waktu tempatan).
“Dua jet pelatih KT-1 yang berlepas dari Pangkalan Udara Sacheon berlanggar di ruang udara semasa latihan dan terhempas,’’ kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.
Empat juruterbang dilaporkan terbunuh dalam nahas tersebut, tambah sama. Tentera udara akan meneliti kerosakan dan menyiasat punca kemalangan itu.
Lebih 30 anggota bomba dan petugas kecemasan dihantar ke lokasi kejadian, lapor agensi berita Yonhap.
Nahas itu merupakan sebahagian daripada beberapa insiden melibatkan jet pejuang tentera udara Korea Selatan pada tahun ini. Pada Januari lalu, seorang juruterbang dilaporkan terbunuh dalam nahas jet pejuang F-5.
Kemalangan kali ini selepas Korea Selatan menghentikan penerbangan seluruh armada jet pejuang F-5 berikutan kerosakan sistem utama pada sebuah pesawat berkenaan memaksa pendaratan cemas dilakukan. – AFP