fbpx

Ladang khinzir buat sambungan bekalan air tidak sah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SPAN memeriksa sebuah tangki air di sebuah ladang ternakan khinzir yang didapati melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah.

CYBERJAYA – Sebuah ladang ternakan khinzir di Tanjung Sepat, Kuala Langat diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didapati melakukan sambungan bekalan air tidak sah.

SPAN menerusi kenyataan berkata, serbuan petang semalam itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Menurutnya, Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan kepada pemilik ladang berkenaan dan tindakan pemotongan bekalan air telah dilakukan serta merta.

“Kami dapati, ladang berkenaan mempunyai meter bekalan air yang sah namun semakan lanjut berjaya mengesan satu sambungan sebelum meter menggunakan paip HDPE berukuran 32mm.

“Aliran air dari punca sambungan ini dipercayai untuk kegunaan ladang ternakan tersebut dan penyambungan berkenaan didapati menyalahi undang-undang kerana ia dilakukan tanpa melalui meter bekalan air yang sah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI