fbpx

Suspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (depan, tiga dari kiri) dibawa keluar daripada mahkamah selepas didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan hari ini.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Seorang remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin dekat Sungai Soi pada 20 Mac lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian mangsa yang ketika kejadian berusia 11 tahun.

Tertuduh telah melakukan kesalahan itu antara pukul 3.45 petang hingga pukul 4.15 petang pada 20 Mac lalu di Surau Ad-Nadwah, Kompleks Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat, di Kuantan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Mohd Najib Husain.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI