fbpx

Pos Imigresen Wang Kelian juga lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT warga Thailand beratur mengisi dokumen perjalanan untuk memasuki Thailand di Pos Imigresen Wang Kelian pada hari ini.

PADANG BESAR – Kelancaran pembukaan sempadan antarabangsa di Pos Imigresen Wang Kelian di sini sedikit terganggu berikutan kekeliruan maklumat mengenai prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengembara Thailand.

Pintu pagar sempadan Malaysia dibuka tepat pada pukul 8 pagi manakala pintu pagar sempadan Thailand dibuka pada 8.30 pagi bagi memberi laluan kemasukan warga negara jiran dan pengembara dari Thailand ke negara ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati sehingga pukul 12 tengah hari, belum ada warganegara dan pengembara dari Thailand melepasi sempadan negara.

Manakala empat warga Thailand yang bekerja di negara ini berjaya pulang ke negara jiran selepas melepasi SOP ditetapkan kedua-dua negara.

Menurut seorang pengembara warga Perancis, Gills, 70, yang terpaksa berpatah balik ke Thailand selepas mendapati pintu masuk Wang Kelian hanya menerima kemasukan warga Thailand dan Malaysia.

“Saya telah melengkapkan semua SOP ditetapkan kedua-dua negara termasuk mengambil insurans, menjalankan ujian PCR 48 jam sebelum masuk Malaysia dan memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Namun saya tidak mengetahui bahawa pintu sempadan ini tidak menerima kemasukan warga asing lain dan imigresen Malaysia memaklumkan untuk pergi ke pintu sempadan Bukit Kayu Hitam,” katanya di sini hari ini.

Gills yang merupakan seorang kapten bersara terkandas selama lebih dua tahun di Thailand selepas sempadan negara ditutup dan ingin pulang ke Pulau Langkawi, Kedah untuk melihat botnya di pulau peranginan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI