fbpx

Dirotan 5 kali gara-gara minta rakan tanggal songkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang murid Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Cheras dirotan gurunya sebanyak lima kali hanya kerana meminta rakan sekelasnya menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa pada Selasa lalu.

“Guru tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan anak pengadu yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit sebanyak lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dalam melengkapkan siasatan itu, pegawai penyiasat kes telah hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini. Kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Pihak Polis Cheras ingin menegaskan sebarang bentuk kekerasan ke atas pelajar sekolah dianggap kes serius,” tegasnya.

Tambahnya, sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI