SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini menerima sekumpulan 283 pengembara dari Abu Dhabi, iaitu antara kumpulan pelancong terawal tiba susulan pembukaan sempadan negara, hari ini.
Pesawat EY418, Etihad Airways itu selamat mendarat pukul 10.14 pagi sebelum diberi semburan air sebagai gimik ketibaan.
Turut meraikan ketibaan pengembara termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy berkata, lebih 110 penerbangan antarabangsa dijadual mendarat di KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini dan beliau menjangkakan jumlah pengembara antarabangsa dijangka meningkat dalam minggu-minggu akan datang. -KOSMO! ONLINE