PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah bagi hampir kesemua negeri di Semenanjung serta Sabah pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, bagi negeri Sarawak, amaran ribut petir telah dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan yang diramalkan mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 11 pagi nanti.
“Antaranya adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE