fbpx

Sabah benarkan solat jemaah ikut kapasiti penuh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aziz Jaafar ketika sidang media khas Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah tadi

KOTA KINABALU – Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memaklumkan kerajaan negeri menetapkan masjid atau surau di negeri ini dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan kapasiti penuh berkuatkuasa esok.

Katanya, makluman tentang kelonggaran ini adalah daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah menerusi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah.

“Ketetapan ini juga terpakai bagi prosedur operasi standard (SOP) untuk solat Jumaat dan solat tarawih di Sabah.

“Kebenaran melibatkan semua masjid dan surau di negeri ini dengan kapasiti 100 peratus serta penjarakan fizikal berdasarkan saiz sejadah. Dari segi saf pula, ia harus tidak terlalu rapat dan tidak bertemu bahu serta mengikut sejadah masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media khas Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah bertempat di Wisma MUIS hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI