fbpx

Formula United pujuk Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE masih belum memadamkan hasratnya untuk meninggalkan Spurs menyebabkan United cuba mengambil kesempatan. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan sudah menemui cara untuk memujuk Tottenham Hotspur melepaskan khidmat penggempur utamanya, Harry Kane pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Difahamkan, Kane akan menjadi sasaran utama United tanpa mengira siapa yang bakal menjadi pengurus baharu mereka nanti ketika mereka memerlukan seorang penyerang tulen yang mampu menghasilkan jaringan.

The Red Devils kini sedang menyiapkan dana sebanyak £100 juta (RM551.58 juta) untuk ditawarkan kepada Spurs bersama seorang pemain mereka dalam usaha membawa Kane ke Old Trafford musim depan.

Pengurus interim United, Ralf Rangnick mengakui bahawa Uni­ted memerlukan seorang penye­rang ketika Edinson Cavani yang bakal menamatkan kontrak hujung musim ini bakal mencari destinasi baharu karier­nya.

United percaya tawaran wang tunai bersama pemain mereka iaitu Anthony Martial mampu memujuk Spurs untuk melepaskan Kane biarpun mereka sedar bahawa usaha untuk memujuk pengurusi pasukan yang berpangkalan di London itu, Daniel Levy bukan kerja mudah.

Kane yang hampir menyertai Manchester City musim lalu masih mengintai peluang untuk meninggalkan Spurs, namun dia mungkin tidak lagi menjadi pilihan Pep Guardiola yang kini mengubah sasaran untuk mendapatkan Erling Haaland dari Borussia Dortmund.

“Fokus saya ketika ini adalah untuk menghabiskan musim bersama Spurs dan Piala Dunia di Qatar. Saya tidak boleh kawal apa yang akan berlaku nanti dan kita akan tengok apa yang bakal terjadi,” kata Kane sebelum ini.

Ketika ini juga, super ejen ter­kenal, Jorge Mendes dilaporkan sedang berusaha untuk memujuk United menukar sasaran mereka dengan menawarkan cadangan beberapa nama pe­nyerang lain termasuk Darwin Nunez dari Benfica serta penggempur utama kelab Serie A, AS Roma, Tammy Abraham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI