fbpx

Penduduk Bukit Antarabangsa trauma kejadian banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa membersihkan rumahnya yang dilanda banjir lumpur semalam.

AMPANG – Kejadian banjir lumpur kelmarin ibarat mimpi ngeri buat penduduk sehingga rata-rata mereka trauma de­ngan kejadian yang kali kedua berlaku itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, banjir lumpur yang berlaku membabitkan kira-kira 30 kediaman di Jalan Mulia 1/4 dan Jalan Mulia 1/5, Taman Bukit Mulia, Bukit Antara­bangsa di sini.

Penduduk, Noor Hayati Arifin, 61, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 30 minit selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

“Banjir bersama lumpur sa­ngat laju masuk dalam rumah menyebabkan saya panik dan tidak sempat berbuat apa-apa.

“Kebetulan bomba yang tiba awal di lokasi meminta pasang karpet pada pintu pagar bagi menghalang lebih banyak lumpur masuk, syukurlah dua jam kemudian banjir mulai surut. Namun meninggalkan lumpur yang banyak dan sangat sukar untuk dibersihkan,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di lokasi semalam.

Berita berkaitan: Bukit Antarabangsa dilandar banjir

Menurutnya, dia dan dua anak yang tinggal di kediaman itu sejak enam tahun lalu tidak dapat melelapkan mata kerana khuatir insiden sama berulang lagi pada waktu malam.

“Kejadian ini menyebabkan kami anak beranak trauma, bimbang kejadian lebih buruk berlaku,” ujarnya yang tinggal di rumah berkenaan sejak enam tahun lalu.

Seorang lagi penduduk, Ilya Syahira Suhaidi, 28, berkata, akibat kejadian ini, keluarga­nya kerugian kira-kira lebih RM10,000 apabila banyak peralatan yang rosak, antaranya almari dan kabinet yang terpaksa dibuang.

Jelasnya, kejadian kali kedua banjir lumpur itu kelmarin adalah yang terburuk berbanding kejadian kali pertama pada tahun 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI