fbpx

‘Mana nak cari stok tepung, minyak masak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai runcit yang kehabisan stok tepung gandum semalam di Tunjong, Kota Bharu. – ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kebanyakan peniaga kuih-muih mula gelisah apabila mereka tidak dapat membeli bekalan minyak masak dan tepung yang sudah kehabisan stok meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadan.

Mereka sudah mengalami keadaan itu sejak dua bulan lalu, namun stok tepung gandum dan minyak semakin terputus sejak minggu lalu.

Seorang peniaga kuih-muih, Zainun Ahmad, 30, berkata, dia langsung tidak dapat ­menyiapkan jualan kuih-muih kerana tidak dapat membeli dua barangan itu daripada pemborong.

Menurutnya, pemborong juga memaklumkan bahawa mereka tidak menyimpan stok tepung dan minyak kerana pasti akan habis diborong oleh ­pelanggan.

“Saya sudah mencari minyak dan tepung di beberapa kedai borong tetap, namun tiada stok. Jika ada, harganya meningkat sehingga RM1 sepaket.

“Selain dua barang itu, bekalan telur juga susah untuk dibeli. Saya buntu kerana masih belum membuat sebarang persiapan untuk menjual kuih-muih sepanjang Ramadan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurut Zainun, dia menjangkakan modal berniaga kuih-muih pada Ramadan tahun ini akan meningkat jika ketiadaan bekalan bahan mentah terus berlaku.

Ujarnya, dia juga terpaksa menaikkan modal perniagaan daripada RM5,000 kepada RM6,000 tahun ini sebagai persediaan jika keadaan kekura­ngan bekalan mentah berterusan.

Tambahnya, keadaan itu juga menyebabkan harga kuih-muih yang dijual semasa bulan Ramadan tahun ini mungkin akan naik harga.

Seorang lagi peniaga, Hamidah Jusoh, 45, berkata, dia bimbang tidak dapat berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini kerana masih belum membuat sebarang persediaan.

Menurutnya, keadaan itu semakin teruk berbanding tahun lalu apabila dia langsung tidak dapat membeli bekalan minyak, tepung dan telur sehingga menjelang beberapa hari lagi masuk Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI