fbpx

Petugas kempen PRN Sabah diminta patuhi SOP Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Petugas parti yang terbabit dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diingatkan supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan khususnya di Tawau dan Lahad Datu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau memahami sukar untuk petugas parti untuk melakukan kawalan fizikal namun, SOP perlu dipatuhi khususnya di kawasan yang sesak.

“Kepada petugas parti, jangan ambil ringan dan pastikan amal kawalan kendiri terutama di kawasan yang kritikal.

“Kami juga akan menggerakkan pasukan pematuhan memantau pergerakan petugas parti sepanjang kempen pilihan raya berkenaan dengan lebih aktif lagi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, setakat ini, kawalan biasa seperti sekatan jalan raya dan pemantauan sudah digerakkan namun, ia akan ditingkatkan bagi kawasan kritikal seperti Lahad Datu dan Tawau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI