fbpx

Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungsu menunjukkan kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah tahun ini.

KOTA KINABALU – Kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah kekal pada harga RM7 bagi tahun ini.

Kadar zakat fitrah berkenaan ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri berkenaan.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, jumlah keseluruhan kutipan zakat fitrah tahun lalu adalah berjumlah RM122,495,859.55 membabitkan 1,537,130 orang.

“Jumlah terbabit menunjukkan peningkatan seramai 63,565 pembayar atau 4.3 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan seramai 1,473,565 orang.

“Bagi kutipan zakat fitrah, jumlah keseluruhan yang diperolehi adalah RM10,761,541.82 manakala bagi zakat harta berjumlah RM111,734,317.73.

“Antara jenis zakat harta yang diperolehi termasuklah zakat pendapatan, penggajian, simpanan, perniagaan, emas atau perak, saham, pertanian dan juga ternakan membabitkan seramai 89,785
orang pembayar,” katanya pada sidang akhbar khas Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah di Wisma MUIS hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI