fbpx

Tawaran istimewa jam pintar Amazfit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang model mengenakan jam pintar Amazfit T Rex Pro yang menawarkan hadiah istimewa buat pembeli pada April ini.

PETALING JAYA – Amazfit, jenama jam pintar yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health) melancarkan tawaran istimewa mulai April ini bagi pembelian model jam pintarnya.

Amazfit memberikan tawaran khas Ramadan pada April untuk jam pintar yang boleh didapati pada tarikh berikut iaitu 4 April, 5 April, 18 April dan 25 April 2022.

Pengarah Amazfit Asia Tenggara, Jacob Jin berkata, pembeli T-Rex Pro pada tarikh berkenaan itu akan mendapat pelitup muka Amazfit percuma, manakala pembeli siri jam pintar GTS 3 dan GTR 3 akan mendapat pengikat rambut, pelitup muka dan botol percuma, selagi stok masih ada.

“Amazfit adalah jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikuti fesyen serta teknologi terbaru.

“Kini kami mempunyai lebih 100 juta orang pengguna aktif termasuk pengguna jam, gegelang, alat pendengaran telinga, peralatan kecergasan dan aksesori lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jacob berkata, pihaknya sentiasa memastikan Amazfit sentiasa di hadapan menggunakan kuasa teknologi dan sains yang memberi kebebasan kepada lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran Ramadan, sila layari www.amazfit.com. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI