fbpx

Tanah runtuh: Empat rumah terjejas, dua rosak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah di Lot 18196 Kampung Kemensah, Hulu Klang yang dilanda tanah runtuh, semalam.

AMPANG – Penghuni dua buah kediaman di Lot 18196 Kampung Kemensah, Hulu Klang, dekat sini bertempiaran lari menyelamatkan diri sebaik menyedari berlakunya kejadian tanah runtuh berdekatan kediaman mereka semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian sekitar pukul 6.30 petang itu, tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian tanah runtuh itu menyebabkan empat buah rumah terjejas dan dua daripadanya mengalami kerosakan.

“Pihak polis yang bergegas ke lokasi mendapati rumah pertama dihuni enam individu berusia lingkungan lima hingga 41 tahun.

“Rumah kedua pula dihuni dua individu berusia 67 dan 68 tahun manakala dua buah rumah lagi kosong dan tidak berpenghuni,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana penghuni rumah sempat melarikan diri sebelum runtuhan berlaku.

“Kejadian ini melibatkan kehadiran agensi lain iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pihak Bomba.

“Justeru itu pihak MPAJ menyediakan dewan untuk menempatkan mangsa yang terjejas, namun mereka tidak mahu tinggal di dewan yang disediakan dengan alasan mahu tinggal di rumah saudara tidak jauh dari lokasi,” katanya.

Jelas beliau, hasil siasatan awal pihak polis, rumah tersebut dibina secara haram berdekatan dengan sungai serta di lereng bukit, kawasan bukit pula telah ditebas untuk aktiviti berkebun dan terdapat beberapa rumah yang dibina di bawah bukit untuk disewakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI