fbpx

Saksi beritahu anak saudara mahu pulang ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong Choo Kiong di Mahkamah Tinggi Ipoh pada prosiding bela diri tuduhan merogol pembantu rumah yang dihadapinya hari ini.

IPOH – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pembantu rumah yang dikaitkan dengan kes rogol bekas Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong mahu pulang ke Indonesia kerana mendakwa terdapat ‘orang jahat’ di sini.

Muhammad Rusdi, 51, iaitu bapa saudara wanita itu berkata, perkara tersebut dimaklumkan mangsa ketika dia dan Tina (ibu wanita itu) bertemu di pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia pada 19 September 2019.

Dalam pertemuan tersebut, anak saudaranya menangis sambil memeluk ibunya dan memberitahu mahu pulang.

“Dia menangis beritahu ada orang jahat dan mahu pulang ke Indonesia,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fitri Sadarudin dalam perbicaraan kes rogol Choo Kiong di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di sini hari ini.

Dalam prosiding itu, Mohd. Fitri turut bertanya sama ada anak saudaranya ada memberitahu rahsia seperti yang dinyatakan kepada dia dan Tina ketika pertemuan tersebut, Muhammad Rusdi berkata tiada.

Saksi pembelaaan ketiga dan terakhir itu bagaimanapun setuju dengan cadangan Mohd. Fitri bahawa rahsia itu merujuk kepada hasrat wanita tersebut yang mahu memberitahu dia telah dirogol oleh majikannya.

Pasukan pembelaan menutup kes mereka hari ini selepas memanggil tiga orang saksi termasuk Chooo Kiong dan isterinya, Too Choon Looi, 46.

Hakim Abdul Wahab menetapkan 25 April ini bagi pihak pembelaan memfailkan hujahan bertulis manakala 17 Mei depan pula sebagai tarikh hujahan lisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI