fbpx

3 pegawai Mara Corp akan dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki memaklumkan tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat pada sidang akhbar sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM siri 25 Bil 1/2021 (Penolong Penguasa P29) di Kompleks SPRM Johor, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin tiga orang pegawai Mara Corporation Sdn. Bhd (Mara Corp) yang terlibat dalam salah guna kuasa dan salah urus syarikat akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan mengenai pendakwaan tersebut melibatkan individu terbabit akan diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang akan membuat keputusan tidak lama lagi.

“Kita telah melengkapkan siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp dan telah kemukakan kepada AGC sebelum ini. Jadi, kita akan tunggu keputusannya tidak lama lagi.

“Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk menghalusinya lagi sama ada tiga dipertuduhkan atau sebahagian daripadanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Khusus Asas Pegawai SPRM Siri 25 Bilangan 1/2021 (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad, Kompleks SPRM Johor, di sini hari ini.

Azmi sebelum ini dilaporkan berkata, setakat ini hanya lima pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu dipanggil untuk dirakam keterangan.

Lima pegawai kanan itu hadir di bangunan suruhanjaya berkenaan di Putrajaya, pada pukul 3 petang, 11 Februari lalu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seramai 17 individu akan dipanggil suruhanjaya terbabit dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

SPRM sudah memanggil 14 saksi terdiri daripada empat ahli lembaga pengarah dan tujuh individu dari pengurusan Mara Corp, dua pegawai Mara serta seorang dari sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu.

Isu terbongkar apabila tular di media sosial sepucuk surat permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi Mara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI