fbpx

Hina Nabi Muhammad, suri rumah didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang suri rumah yang membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya Februari lalu membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan.

Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut dan OKS membayarnya.

Mengikut pertuduhan, Fadilah didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook “Fadhilah Abdulhamid” dengan niat untuk menganiayai orang lain.

Kenyataan tersebut kemudian telah dibaca di laman profil Facebook “Fadhilah Abdulhamid” di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di sini pukul 9.14 pagi pada 19 Februari tahun lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Nurul Fitriza Abd. Latif yang mewakili Fadilah memohon mahkamah memberikan bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kemurungan dan autism spectrum disorder.

“Menurut laporan perubatan forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, OKS didapati mempunyai gejala penyakit autism spectrum disorder sejak kecil selain mengalami gejala kemurungan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang yang mana OKS mempunyai perasaan sedih, sukar untuk tidur dan gemar mengasingkan diri,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syahieza Md. Hadzaid memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap OKS dan masyarakat supaya lebih berhati-hati serta sensitif dengan status di media sosial.

“Dengan mengambil kira laporan perubatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, OKS didapati sihat untuk menjalani perbicaraan dan secara sedar semasa melakukan posting itu.

“Justeru hukuman bon berkelakuan baik adalah tidak mencukupi,” ujar Nurul Syahieza. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI