PETALING JAYA – Terdapat tiga kawasan di bahagian Semenanjung sedang mengalami cuaca panas pada tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum boleh mencecah sehingga 37 darjah Celsius.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiga kawasan tersebut melibatkan dua negeri iaitu Pahang dan Johor.
“Di Pahang ia melibatkan kawasan sekitar Temerloh dan Maran, manakala di Johor ia melibatkan daerah Tangkak.
“Semua kawasan di Sabah dan Sarawak juga sedang dalam pemantauan,” ujar MetMalaysia.
Jelas MetMalaysia, bagi tahap berjaga-jaga itu, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE