fbpx

Hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sembilan buah negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Turut mengalami keadaan cuaca sama adalah Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Perak antara kawasan yang terlibat adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang membabitkan kawasan Maran, Kuantan serta Pekan.

“Bagi negeri Selangor pula ia melibatkan kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,”ujar Met Malaysia.

Menurut MetMalaysia, keadaan sama dijangka berlaku di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Melaka.

“Selain itu, keadaan cuaca ini juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Manakala bagi negeri Sarawak ia membabitkan kawasan Sarikei, Sibu, Kanowit, Selangau, Mukah, Tanjung Manis dan Miri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI