fbpx

Rayuan Lingam batal keputusan lembaga tatatertib ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Datuk V.K Lingam yang pernah dikaitkan dengan klip video kontroversi berhubung pelantikan hakim 21 tahun lalu, gagal dalam usaha terakhirnya untuk beramal sebagai peguam.

Perkara itu dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan akhirnya untuk membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib mengeluarkan namanya daripada Senarai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya atas dakwaan salah laku.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara berpuas hati mahkamah tertinggi negara tidak perlu campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Lingam.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut memerintahkan bekas peguam itu membayar kos RM30,000 kepada Majlis Peguam.

Lingam diwakili oleh peguam R. Thayalan manakala Majlis Peguam selaku responden diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Tengku Maimun berkata, tuduhan khusus yang dilemparkan kepada Lingam adalah kerana mencampuri urusan pelantikan hakim iaitu satu tuduhan salah laku tanpa mengira sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama-sama pihak lain.

Berhubung isu kesahihan klip video, Hakim Tengku Maimun berkata, panel itu tidak bersetuju dengan hujahan perayu bahawa video yang dikemukakan pada prosiding lembaga tatatertib bukan video asli kerana telah dimuat turun daripada sebuah portal berita.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI