fbpx

Treler, Toyota Vellfire terbabit kemalangan, seorang cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler muatan CO2 yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 36.2 Genting Sempah menghala ke Gombak.

GOMBAK – Sebuah treler muatan karbon dioksida (CO2) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 36.2 Genting Sempah menghala ke Gombak di sini hari ini.

Difahamkan, kemalangan terbabit telah menyebabkan seorang mangsa yang menaiki Toyota Vellfire berkenaan telah cedera ringan pada bahagian lutut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.03 petang.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi, anggota mendapati sebuah treler dengan muatan 17,000 liter CO2 dan Toyota Vellfire yang membawa enam individu telah terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan tersebut telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Kita masih menunggu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI