fbpx

Perkeso bantu pencarum kena musibah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang pesakit melakukan terapi di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Jalan Tun Abdul Razak, di Melaka.

MELAKA – Individu di negara ini perlu mempunyai ke­sedaran pentingnya mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai kemudahan jika ditimpa musibah di masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Dr. Hafez Hussain berkata, masyarakat negara ini perlu melihat kepentingan itu dari aspek keselamatan sosial selain memanfaatkan pelbagai program ditawarkan kepada pencarum.

“Jika ditimpa kesusahan se­perti kemalangan fizikal atau penyakit contohnya, strok sehingga tidak dapat menyara keluarga.

“Perkeso sedia pelbagai prog­ram melibatkan fisioterapi, ­terapi hidro, terapi pertuturan dan terapi robotik untuk pulihkan individu secara fizikal sehingga mereka mampu kembali ke alam pekerjaan dengan keupayaan yang maksimum,” ujarnya.

Jelasnya, pelbagai latihan kemahiran yang komprehensif ditawarkan bahagian vokasional de­ngan fokus untuk mengembalikan semula pekerja terjejas ke alam pekerjaan selepas hilang upaya.

Buktinya, salah seorang Orang Berinsurans (OB), Tan Sun Hui, 34, yang mengalami kecederaan di bahagian otak sebelah kiri akibat angin ahmar berkata, prog­ram ditawarkan di Pusat Rehabilitasi Perkeso (PRP) Tun Abdul Razak, Melaka membantunya bersedia untuk kembali ke alam pekerjaan.

“Program rehabilitasi Perkeso dapat membantu saya berjalan dengan betul selain dapat menggerakkan kembali tangan sebelah kanan yang lumpuh dengan beberapa kali suntikan botox.

“Selain itu, rawatan yang diberikan menggunakan teknologi robotik canggih yang tidak ditawarkan di institusi perubatan lain serta dapat menyertai kelas kognitif dalam membantu me­ningkatkan daya serta proses pemikiran,” ujarnya ketika ditemui di PRP Tun Abdul Razak, Melaka.

Dalam pada itu, Jamil Endan, 40, yang terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu akibat strok sehingga lemah separuh badan mampu berjalan semula setelah mendapatkan rawatan hampir tiga bulan.

Katanya, masyarakat perlu sedar akan kepentingan mencarum kerana kelebihan fasiliti pusat rehabilitasi tersebut.

“Perkeso telah memberi sinar baru dan pusat itu bantu pulihkan kehidupan pencarum yang pudar selepas musibah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI