fbpx

KDN meterai MoU, kontrak RM2.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (diri tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan lapan kontrak sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan (NATSEC) Asia, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) serta lapan kontrak dengan syarikat tempatan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.59 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, antara kontrak yang telah ditandatangani adalah Perolehan Peralatan Satelit X-Band Untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, pihaknya juga turut menandatangani Projek Naik Taraf Sistem SWASLA Untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) Untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“KDN sentiasa komited dalam meletakkan aspek keselamatan nasional sebagai agenda utama bagi memastikan aset-aset keselamatan negara sentiasa berada dalam mod kesiapsiagaan yang tinggi.

“Selain itu, usaha tersebut juga merupakan simbolik usaha kerajaan memastikan keselamatan negara terpelihara dengan mengutamakan perolehan aset-aset strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani MOU dan lapan kontrak sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan (NATSEC) Asia, di sini hari ini.

MoU dan Kontrak KDN itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, bersama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Dr. Yusof Ismail serta wakil-wakil syarikat tempatan. – KOSMO! ONLINE

Kapsyen – Hamzah (diri tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan lapan kontrak sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan (NATSEC) Asia, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI