fbpx

Pagar runtuh sebab kerja korek longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAGAR seorang penduduk runtuh di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau kelmarin.

REMBAU – Sebuah keluarga tergamam seketika apabila bunyi dentuman kuat rupa-rupa­nya bunyi tembok pagar mereka yang runtuh di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini kelmarin.

Cheong Kam Seng, 52, berkata, dia sudah tinggal di rumah itu 35 tahun dan kejadian ber­kenaan adalah pertama kali berlaku.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, isteri serta seorang anak berada di rumah dan mujurlah tiada perkara buruk yang berlaku.

“Semalam hujan lebat, memang sebelum ini ada kerja-kerja nak buat longkang. Saya tak pernah sangka kejadian seperti ini dan berharap agar pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Hamdan Tahir Abdullah, 76, mendakwa, tembok penahan beban rumah mereka mulai pecah disebabkan kerja-kerja kontraktor naik taraf pada 18 Mac lalu dan dia juga sudah membuat laporan polis pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, aduan ber­kenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan di pejabat pada 21 Mac dan pada 27 Mac lalu, dia sekali lagi ber­hadapan dengan keadaan tebing rumah yang semakin mendap disebabkan kerosakan akibat kerja-kerja naik taraf itu.

“Kanvas kecil sahaja yang ditutup buat sementara waktu. Dua hari juga saya tunggu sehinggalah runtuhan besar berlaku,” ujarnya kesal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Sungai Layang, Mohd. Rizal Alway, berkata, kejadian itu amat dikesali dan pihak berkaitan perlu bertanggungjawab. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI