fbpx

Ramai ‘tuntut’ konsert Siti, Ernie, Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT mengharapkan gabungan Ernie, Siti Nurhaliza dan Aina Abdul di dalam sebuah konsert.

SEJAK membuat persembahan bersama pada konsert akhir Big Stage Ahad lalu, nama Aina Abdul tiba-tiba meledak dalam media sosial.

Berdasarkan komen-komen netizen, disebabkan persembahan tersebut, mereka menuntut industri merealisasikan impian untuk melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul dan seorang lagi penyanyi hebat iaitu Ernie Zakri dalam sebuah konsert mega.

“Mohon Aina buat lagu duet dengan Siti atau konsert tiga suara gabungan bersama Ernie,” usul seorang netizen.

Nampaknya permintaan untuk menyaksikan paduan tiga suara hebat itu cukup menggunung.

Kalau difikirkan pun, siapa yang tak mahu lihat mereka bergabung dalam sebuah konsert, Mizz Lahar yakin, jika idea tersebut direalisasikan, pasti jualan tiket tak cukup kerusi nanti.

Harap ada pihak atau penganjur yang sudi untuk menjadikannya realiti ya.

MIZZ LAHAR: Khabarnya Siti akan adakan konsert selepas raya, betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI