fbpx

Kerajaan NS perinci laksana sidang DUN secara hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan sedang memperincikan cadangan untuk menjalankan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara hibrid pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hasrat tersebut dilihat sebagai kaedah sekiranya berlaku sesuatu perkara yang berkeperluan khas seperti bencana.

Baagaimanapun menurut beliau, kerajaan negeri akan mendapat of is persetujuan dan kelulusan terlebih dahulu di peringkat DUN.

“Kerajaan negeri telah dibentangkan laporan bagaimana untuk menjalankan mesyuarat secara hibrid nanti.

“Namun, ia akan ditetapkan, dibincangkan dan ditambah baik ke jawatankuasa terlibat sebelum ia diluluskan diperingkat DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menteri Besar, menjelaskan, sekiranya perkara itu diluluskan kelak ia akan dapat memudahkan semua Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) ketika berlaku sebarang kejadian seperti bencana atau darurat secara pentadbiran.

“Sekiranya ia diluluskan ia dapat memudahkan ADUN yang berada di luar daerah untuk menyertai mesyuarat berkenaan sekali gus dapat meneruskan agenda mesyuarat tanpa sebarang penangguhan,” katanya.

Dalam pada Menteri Besar menjelaskan, banyak agensi di negeri ini yang boleh boleh menghulurkan bantuan sekiranya terdapat pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki bantuan pelajaran termasuk komputer riba.

“Antara agensi itu termasuk Yayasan Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan banyak lagi.

“Bagaimanapun, dalam insiden yang berlaku membabitkan pelajar terbabit, pihak saya tidak tahu punca sebenar kerana tiada maklumat mengenainya dan saya difahamkan pelajar berkenaan telahpun tamat belajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI