fbpx

Polis rakam percakapan 3 saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan insiden seorang lelaki dipercayai dikasari dua individu selepas tidak membayar makanan yang diambilnya.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam percakapan tiga saksi berhubung kejadian seorang lelaki dikasari dua individu di sebuah kedai serbaneka sekitar Cheras pada 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya juga telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Terdahulu, polis telah mengesan dua buah video semalam kira-kira pukul 5.30 petang di media sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki telah dikasari dua lelaki warga tempatan di sebuah kedai serbaneka sekitar kawasan Cheras.

“Kita juga telah menerima laporan polis dan sehingga kini, tiga saksi yang terdiri daripada polis bantuan dan pekerja kedai serbaneka telah dirakam percakapan pada pukul 11 malam semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idzam Jaafar turut memberitahu, siasatan awal mendapati, lelaki berpakaian seragam polis bantuan yang berada di tempat kejadian tidak melakukan sebarang kekasaran terhadap seorang individu yang tidak membuat bayaran selepas mengambil makanan.

“Polis bantuan tersebut turut membuat laporan polis semalam kira-kira pukul 7.21 malam menafikan dakwaan mengasari individu terlibat. Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.

“Pihak Polis juga memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dikasari dua individu selepas dikatakan tidak membayar makanan yang diambilnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI